ST THOMAS SCHOOL 1848
Permulaan pendidikan di Sarawak diasaskan pada era Rajah Putih Sarawak Pertama James Brooke iaitu sekitar 1840 dengan dana dari gereja Anglikan di England.
Paderi Thomas Francis McDougall tiba di Sarawak pada 29 June 1848 atas jemputan James Brooke. Di seberang Astana dan Sungai Sarawak, sebuah "court-house" rumah segi empat dua tingkat berasaskan kayu yang dibina oleh Pendakwah Mubaligh German digunakan oleh Paderi Thomas Francis McDougall pada tahun 1848 yang dijadikan kelas untuk mengajar di tingkat bawah rumah bermula dengan 9 orang pelajar lelaki.
Dalam tahun yang sama 1849, Rajah Putih memberikan kawasan tanah untuk pembinaan rumah baru Thomas Francis McDougall iaitu College Hill (The Bishop's House) dan kelas yang diberi nama Kuching Mission School sebelum ditukar kepada St Thomas School berdekatan tapak pembinaan St. Thomas's Church. Pada tahun 1850, jumlah pelajar meningkat kepada 20.
Paderi Francis Thomas McDougall telah dilantik menjadi bishop Sarawak pertama pada tahun 1856.
Pada tahun 1863 seramai 43 pelajar dan bertambah dari tahun ke tahun kepada 50 orang.
Bishop Francis Thomas McDougall bersara pada tahun 1869 atas sebab kesihatan dan digantikan oleh Bishop Walter Chambers.
St Thomas School dipindahkan ke tapak baru pada 1870 bagi menampung jumlah pelajar yang bertambah.
Bangunan yang baru dibina berhadapan dengan kos $6500 pada tahun 1885 oleh arkitek bernama Mr. H Averett dan siap setahun kemudian. Kemudian kebanyakkan pembesaran bangunan adalah sumbangan daripada Bishop Walter Chambers and Rajah Putih Sarawak ke-2 Charles Brooke.
1881, masalah kesihatan dihadapi oleh Bishop Walter Chambers, dan digantikan dengan George Frederic Hose.
George Frederic Hose menumpukan pendidikan di pendalaman, sementara isteriny Mary Ann Knight, membuka semula sekolah untuk pelajar perempuan di Kuching.
Jumlah pelajar semakin bertambah kepada 252 orang pada tahun 1909.
1913, Bishop Mounsey, membuat pembesaran sekolah dengan menambah blok baru beserta menara jam yang ke-2.
Pada tahun 1953, blok sains dirasmikan oleh Gabenor Sarawak yang ke 3 iaitu Sir Anthony Foster Abell yang juga merupakan Pesuruhjaya Tinggi British di Sarawak.
Sebuah bangunan sekolah rendah St Thomas yang terletak bersebelahan pula siap dibina pada tahun 1957 hasil sumbangan Dato' Wee Kheng Chiang yang merupakan seorang ahli perniagaan dan juga merupakan pengasas United Overseas Bank dan perasmiannya disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak ke-2, Tan Sri Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Othman.
Logo ST Thomas School berasaskan perisai bewarna merah dan biru, dan terdapat simbol mitra (topi) yang dipakai oleh bishop dan paderi, penggaris siku L, lampu yang menyala, seekor badger, dan motto "Aim Higher".
ST MARY SCHOOL 1848
Harriete McDougall bertanggungjawab menjaga pelajar perempuan pada tahun 1848. Beliau adalah isteri kepada Thomas Francis McDougall. Pada awalnya, perempuan di Sarawak tidak begitu berminat untuk belajar menyebabkan jumlahnya kurang.
Setelah bangunan baru St Thomas Angelican School dibina St. Mary untuk pelajar perempuan menyusul menerusi bangunan lama St. Thomas yang dibaikpulih.
Pada tahun 1952, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah telah dipisahkan menjadi SMK St. Mary dan SK St. Mary.
Logo sekolah St Mary adalah berasaskan sayap malaikat dan bunga Lili (fleur de-Lis) yang melambangkan kesucian, kesederhanaan, dan rahmat St Mary. Motto St Mary School menggunakan bahasa Latin iaitu "Ecce Ancilla Domini".
ST JOSEPH SCHOOL 1882
Sekumpulan misionaris mubaligh Saint Joseph's Society for Foreign Missions dari England atau lebih dikenali dengan nama Mill Hill Missionaries dianggotai oleh Reverend Father Thomas Jackson, Reverend Fathers Edmund Dunn, Aloysius Goossens dan Daniel Kilty membina bangunan sekolah St Joseph’s School di atas tanah yang diberikan oleh Rajah Sarawak, Sir Charles Brooke pada tahun 1882 dengan permulaan 20 orang pelajar.
Pembesaran bangunan sekolah dilakukan pada tahun 1886 dikenali dengan nama "Noah's Ark" dan 1894 yang diberi nama Blok Mill Hill. Pembesaran dilakukan sekali lagi pada tahun 1927 dengan pertambahan bangunan baru di bahagian kiri dan kanan Blok Mill Hill.
1972 bangunan baru dibina bersebelahan menempatkan perpustakaan, makmal sains, dan kelas tingkatan 6 yang dikenali dengan nama La Salle Block, dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak ke-3, Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub, yang juga merupakan bekas pelajar St. Joseph.
Antara bekas pelajar St Joseph School adalah Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud and Allahyarham Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.
Logo sekolah St Joseph berasaskan warna putih dan hijau yang membawa makna sesucian dan kehidupan. Terdapat empat lambang iaitu bintang La Salle Brothers, bunga Lili, dan huruf S dan J, beserta motto dalam bahasa Latin "Ora et Labora" yang membawa maksud berdoa dan bekerja.
ST LUKE SCHOOL 1863
1863 seorang mubaligh berasal dari England iaitu William Crossland dari St Paul Anglican Church, Banting menggunakan rumahnya di kawasan bernama Sabu sebagai kelas dengan bilangan pelajar seramai 15 orang kerana ketiadaan sekolah. Kerana tugas di gereja, William Crossland akan mengajar pada waktu terluang sahaja. Masyarakat kawasan Sabu memanggil William Crossland dengan nama ‘Tuan Manang’ .
William Crossland meninggalkan Borneo pada tahu 1867 atas sebab kesihatan. Tugas mubaligh di Batang Lupar disambung oleh William Howell pada tahun 1878 yang datang dari Labuan membuka semula kelas pendidikan di Sabu.
Pada tahun 1928, paderi Arthur William Stonton tiba di Sabu untuk mengantikan William Howell dan memindahkan kelas pendidikan St Luke ke Simanggang pada akhir tahun 1930.
St. Luke school dibahagikan kepada 2 pada tahun 1966 iaitu St Luke Primary School dan St. Luke Secondary school apabila bangunan baru St. Luke Secondary school siap dibina.
ST TERESA SCHOOL
Kumpulan 5 orang biarawati terpilih dibawa ke Sarawak oleh Reverend Father Thomas Jackson pada tahun 5 Julai 1885 yang terdiri daripada Sister Helen Downs, Sister Teresa Cheetham, Sister Mary of the Cross, Sister Aloysius Dwyer and Sister Josephine Morris untuk mengembangkan pelajaran Catechism of the Catholic kepada pelajar perempuan, kerana sekolah Katolik di Sarawak iaitu St Joseph School hanya mengajar Catechism of the Catholic kepada pelajar lelaki.
Nama St Teresa’s School dipilih daripada biarawati Katolik ke Sarawak iaitu Sister Teresa Cheetham yang dilahirkan di Rochdale, England pada tahun 1863.
St Teresa’s School dibina untuk pelajar perempuan di Sarawak bermula dengan 5 orang pelajar yang mana bangunannya dibina berhadapan dengan St Joseph’s School.
Bangunan baru berasaskan batu bata dirasmikan oleh Rajah Putih ke-3 Charles Vyner Brooke pada15 Oktober 1925.
Logo St Teresa adalah berdasarka lambang Franciscan Sisters of Sarawak, dan memiliki motto dalam bahasa Latin "Amare et servire" yang membawa maksud cinta dan berkhidmat.
Sumber gambar:
1. St Thomas's Cathedral diocesekuching
2. Travelog Ewan
Rujukan:
1. Wikipedia St. Thomas' National Secondary School
2. Sketches of Our Life at Sarawak by Harriette McDougall
3. History book of St. Mary’s
4. The Brooke Era https://www.sarawak.gov.my/web/home/article_view/234/245/
5. Journal of Southeast Asian Studies
6. Cambridge Press
7. Herald Malaysia, Mill Hill Missionaries mark 150 years of foundation
8. United Society for the Propagation of the Gospel, National Library of Australia
Comments
Post a Comment